Wednesday 11 January 2012

ucapan TPM 1001

TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN

TIMBALAN PERDANA MENTERI

MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

DI MAJLIS PERUTUSAN KHAS

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012

PADA 10 JANUARI 2012; PUKUL 9.00 PAGI

BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI,

PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam
1Malaysia.



Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri Pelajaran I;



Yang Berhormat Dr. Mohd Puad bin Zarkashi

Timbalan Menteri Pelajaran II;



Yang Berbahagia Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran;

Yang Berbahagia Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;



Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran;

Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia;



Dato’-Dato’, Datin-Datin, Guru-guru, anggota kakitangan dan staf Kementerian
Pelajaran Malaysia, pelajar-pelajar, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.



PENGENALAN



1. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke
hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, dapatlah kita bersama-
sama hadir di Majlis Perutusan Tahun Baru Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi
tahun 2012. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada
semua warga pendidik dan seluruh rakyat Malaysia. Kepada warga pendidik khususnya,
harapan saya semoga di tahun baru ini sinar kegemilangan dan kejayaan akan terus
menerangi kehidupan kita semua yang mempunyai amanah besar untuk meningkatkan
akses pendidikan berkualiti di negara kita.



2. Saya berasa bangga kerana pada hari ini seluruh warga Kementerian dari
segenap pelusuk tanah air dapat berhimpun untuk memperbaharui tekad dan menyuntik
semangat baru bagi melonjakkan mutu pendidikan negara. Di kesempatan ini saya
ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga
pendidik atas usaha gigih dan komitmen yang telah dicurahkan kepada usaha untuk
mencipta pelbagai kejayaan dalam arena pendidikan Negara sepanjang tahun 2011.



3. Sesunguhnya, Kementerian Pelajaran adalah nadi utama dalam usaha untuk
membangunkan modal insan yang akan memacu kemajuan negara di masa hadapan.
Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju amat bergantung kepada
keupayaan warga Kementerian dalam menyediakan pendidikan berkualiti. Justeru,
setiap warga pendidik perlu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta melipat
gandakan usaha bagi melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif dan inovatif untuk
mengisi keperluan masa kini dan masa hadapan. Usaha murni berterusan oleh warga
pendidik dalam melahirkan modal insan yang dihasratkan akan berupaya meningkatkan
daya saing negara, melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan sekaligus menjadikan
negara kita sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.



4. Sehubungan itu, Kementerian kita telah diberikan satu peruntukan yang besar
iaitu sebanyak 37.28 bilion ringgit dalam belanjawan tahun 2012. Saya ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah
meluluskan peruntukan yang besar kepada Kementerian Pelajaran dan memberi
keyakinan kepada kita semua sebagai pemangkin utama pembangunan modal insan di
Malaysia. Saya berharap agar peruntukan ini kita belanjakan secara cekap dan
berhemah agar dapat memberi kesan berganda yang positif kepada pembangunan
pendidikan secara menyeluruh.



INFRASTRUKTUR DAN KEBAJIKAN



5. Bagi memastikan kelangsungan pembangunan pendidikan negara, dasar
perancangan pembangunan pendidikan Rancangan Malaysia Ke-10 diteruskan dengan
matlamat memantapkan infrastuktur dan meningkatkan kemudahan fizikal institusi
pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk tahun 2011, Kementerian
Pelajaran telah membelanjakan sejumlah 1.03 billion ringgit untuk pendidikan pra-
sekolah dan rendah, 795.1 juta ringgit untuk pendidikan menengah dan 29.97 juta ringit
telah diperuntukan untuk aliran teknik dan vokasional. Sementara itu, program
pembangunan luar Bandar, Sabah dan Sarawak telah menelan belanja sebanyak 525.7
juta ringgit dan sistem pengkomputeran sekolah sebanyak 22.8 juta ringgit.



6. Dalam memastikan akses pendidikan berkualiti diteruskan kepada anak bangsa,
sebanyak tiga projek infrastruktur baru dan 1,967 projek sambungan dengan peruntukan
sebanyak RM4.58 bilion telah diberikan untuk tahun 2012. Pendidikan Sekolah Bantuan
Kerajaan diteruskan dengan memperuntukkan belanja mengurus termasuk emolumen
guru dan geran per kapita yang sama kepada semua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(SABK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SKJT) dan sekolah mubaligh. Usaha menyelenggara sekolah-sekolah daif dan uzur di
kawasan Bandar dan luar Bandar akan dilaksanakan dengan menaiktaraf dan
menyelenggara 600 buah sekolah yang dikategorikan sebagai uzur dan daif oleh pihak
pemantauan audit fizikal yang ditubuhkan oleh Kementerian. Sehubungan itu,
peruntukan tambahan yang diperolehi bagi tahun 2012 semasa pembentangan Bajet
2012 iaitu Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah
digunakan bagi usaha-usaha membaikpulih bangunan sekolah, penyelenggaraan,
pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. Bantuan ini juga merangkumi
peruntukan sebanyak 500 juta ringgit untuk sekolah-sekolah kebangsaan, manakala
100 juta ringgit masing-masing untuk SJKC, SJKT, sekolah mubaligh dan SABK.



7. Pembangunan pendidikan dan kemajuan murid Orang Asli juga diambil
perhatian berat oleh Kerajaan. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi menangani isu-
isu pendidikan murid Orang Asli khususnya penyertaan Murid Orang Asli sama ada di
peringkat sekolah rendah atau menengah. Antaranya:- (i) Meningkatkan kualiti
kemudahan fizikal di sekolah sedia ada, (ii) Pelaksanaan Program Kelas Dewasa Ibu
Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (KEDAP), (iii) Pelaksanaan Projek Rintis Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah iMurid Orang Asli dan Penan (KAP) dan (iv) Pengajaran
Pedagogi Berasaskan Perspektif Pribumi. Usaha ini adalah sejajar dengan matlamat
Pelan Pembangunan Pendidikan KPM yang bertujuan untuk memastikan setiap
warganegara, tanpa mengira kaum dan status ekonomi, mendapat peluang pendidikan
yang terbaik dari segi akses, ekuiti dan kualiti. Hasil program-program ini, Kementerian
berjaya meningkatkan kemahiran 3M dan kemahiran sosial murid Orang Asli,
meningkatkan jumlah murid Orang Asli yang menamatkan pendidikan sehingga
peringkat menengah, iaitu peningkatan sebanyak 4 peratus pada tahun 2010, serta
merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar. Dapatan yang
memberangsangkan ini akan mendorong Kementerian Pelajaran untuk meneruskan
program-program ini dengan lebih giat lagi agar manfaatnya dapat dinikmati secara
berterusan.



8. Kerajaan sedar akan peningkatan kos sara hidup sejak akhir- akhir ini. Namun,
hal ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan pendidikan anak-anak kita.
Justeru, untuk meringankan beban kos tanggungan persekolahan, Kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah 530 juta ringgit untuk Bantuan Khas Awal Tahun kepada
setiap murid dengan pemberian 100 ringgit seorang. Selain itu, pemberian dalam bentuk
Baucer Buku bernilai 200 ringgit juga akan disalurkan kepada setiap pelajar Matrikulasi
dan Tingkatan 6 dengan jumlah peruntukan sebanyak 24 juta ringgit. Keprihatinan
Kerajaan menyalurkan bantuan persekolahan kepada mereka yang kurang
berkemampuan diteruskan pada tahun ini dengan bantuan kepada murid miskin dengan
jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah 606 juta ringgit. Peruntukan ini meliputi
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) berjumlah 400 juta ringgit,




Rancangan Makanan Tambahan sebanyak 201.9 juta ringgit dan Bantuan Pakaian
Seragam Pasukan Beruniform sebanyak 4.5 juta ringgit. Kementerian kita telah
mengambil inisiatif untuk memastikan penyaluran peruntukan bantuan persekolahan
dilaksanakan dengan lebih baik melalui penambahbaikan kaedah penyaluran
menggunakan Sistem eBantuan. Pelaksanaan sistem ini dapat memastikan murid
menerima bantuan persekolahan dengan lebih cepat dan sistematik.



9. Kita menyedari bahawa dalam dunia pendidikan di Malaysia yang pesat
berkembang ini, terdapat murid yang cerdas namun tidak berpeluang untuk menggarap
potensi dalam bidang akademik lantaran wujud kekangan persekitaran seperti
kemiskinan keluarga, keadaan rumah yang kurang sesuai dan ketiadaan akses kepada
teknologi maklumat. Oleh yang demikian, selaras dengan semangat asal penubuhan
Sekolah Berasrama Penuh, iaitu untuk membantu murid-murid cemerlang terutamanya
dari kalangan keluarga miskin dan luar bandar, Kementerian telah menetapkan mulai
tahun 2012, kelayakan minima bagi kemasukan murid ke Tingkatan Satu di SBP untuk
murid dari keluarga Miskin Tegar ialah 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR). Dalam pemilihan untuk kemasukan ke tingkatan 1 SBP 2012, pihak
Kementerian melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Kecemerlangan telah memilih seramai 1052 orang murid daripada golongan Miskin
Tegar di seluruh negara. Dengan menyediakan pendidikan yang lebih baik kepada
mereka, kita berharap murid-murid ini mampu untuk meningkatkan kecemerlangan diri
dan seterusnya membantu keluarga mereka keluar daripada lingkungan kemiskinan.



Saudara dan saudari yang saya hormati,



GTP NKRA



10. Sebagai Menteri Peneraju Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi
Sektor Pendidikan, saya bertanggungjawab memastikan kesemua sasaran yang
ditetapkan di bawah lima bidang kecil NKRA pendidikan iaitu, enrolmen pra-sekolah,
program literasi dan numerasi (LINUS), sekolah berprestasi tinggi (SBT), tawaran baru
ataupun Ba’iah untuk pengetua dan guru besar dan program penambahbaikan sekolah
dapat dicapai. Sukacita saya ingin maklumkan di sini bahawa sasaran untuk kesemua
sub-NKRA tersebut telah melepasi sasaran 2011. Kita telah berjaya meningkatkan
enrolmen pra-sekolah kepada 76.3 peratus, 97.5 peratus murid telah menguasai
kemahiran literasi dan 96.8 peratus menguasai kemahiran numerasi, 52 buah sekolah
telah dinobatkan sebagai sekolah berprestasi tinggi dan 304 buah sekolah berjaya
melonjakkan prestasi di bawah Program Pembangunan Sekolah. Oleh kerana tahun ini
adalah tahun terakhir untuk kita mencapai kesemua sasaran NKRA Pendidikan, saya
berharap agar semua warga pendidik dapat melipatgandakan usaha untuk memastikan
semua sasaran yang telah ditetapkan dapat dicapai. Saya yakin dengan semangat dan
iltizam semua pihak, serta dengan izin Allah s.w.t., kita mampu untuk melakukannya.



11. Selain itu, Program Sekolah Amanah yang dilancarkan pada akhir 2010 di
bawah usaha sama awam-swasta Khazanah Nasional Berhad melalui Yayasan AMIR
dan Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi 10 buah sekolah rintis di Johor dan
Sarawak telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Walaupun baru setahun
dilaksanakan, program ini telah mula menampakkan kesan yang positif. Antaranya,
otonomi pengurusan telah menyebabkan pengurusan kewangan sekolah menjadi lebih
teratur, fleksibel dan efektif; kaedah pedagogi terkini yang seiring dengan kehendak
KSSR telah dapat dilaksanakan dengan baik dan penyertaan ibu-bapa serta komuniti
dalam proses pembelajaran murid juga telah meningkat. Di samping itu, murid-murid
Tahun 1 dan 2 yang mengikuti Program Sekolah Amanah juga menampakkan
keyakinan diri yang lebih kental berbanding mereka yang berada di tahap persekolahan
yang lebih tinggi. Berdasarkan pencapaian yang positif ini, saya berharap lebih banyak
lagi sekolah yang dapat menyertai Program Sekolah Amanah dengan sokongan
berterusan daripada pihak swasta.



MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA
INGGERIS (MBMMBI)



12. Penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid juga diberikan perhatian khusus
oleh pihak Kementerian. Melalui Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), Kementerian sedang mengambil
beberapa inisiatif baru yang lebih berkesan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa
Inggeris di kalangan murid. Antara inisiatif tersebut adalah penambahan masa
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum Bahasa
Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
penyediaan guru-guru terlatih dalam bidang bahasa Inggeris, pengambilan penutur jati
bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris dan penyediaan
bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi
menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Selain itu, dasar
soft-landing PPSMI juga sedang dilaksanakan untuk memastikan pembelajaran kohort
murid PPSMI sedia ada tidak terjejas.



Saudara dan saudari yang saya hormati,



PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KEMENJADIAN MURID



13. Dari segi pencapaian akademik, kita telah menyaksikan peningkatan pencapaian
murid dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) pada tahun 2011. Pencapaian keseluruhan calon UPSR dan PMR meningkat
dan merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional. Untuk
itu, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga pendidik, para ibu bapa dan
pelajar atas kejayaan cemerlang ini. Saya berharap pada tahun ini, pencapaian calon
UPSR dan PMR yang mendapat kelulusan penuh dapat menunjukkan peningkatan yang
lebih memberangsangkan lagi.


14. Selain menitikberatkan pencapaian akademik, Kementerian juga memberikan
penekanan kepada pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan. Aktiviti luaran ini adalah
penting untuk menggarap sahsiah dan kemahiran kendiri pelajar dalam membentuk
modal insan yang seimbang. Pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan yang telah
disempurnakan pada 2 Julai 2011 merupakan salah satu tunggak dalam
membudayakan sukan di kalangan murid. Selain itu, penubuhan IPG kebitaraan sukan
Raja Melewar di Negeri Sembilan merupakan satu permulaan ke arah meningkatkan
professionalisme latihan kesukanan di kalangan guru-guru pelatih.



15. Tahun 2011 telah memperlihatkan kejayaan pelajar-pelajar kita mencapai
kecemerlangan dalam bidang sukan, seni dan kokurikulum di peringkat antarabangsa.
Atlet murid kita telah memenangi Pingat Acara Individu dan Berpasukan di beberapa
acara sukan seperti Piala Dunia Memanah di Shanghai, China, temasya Sukan
Komanwel Remaja ke-4 2011 di Isle of Man dan Kejohanan Sukan SEA ke-26. Murid
kita juga tidak kurang hebatnya dalam bidang reka cipta inovasi dengan mewakili
negara di peringkat antarabangsa di Inova 2011, 36th International Invention Show,
Zagreb Fair, Crotia.



Saudara dan saudari yang saya hormati,



PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH



16. Kementerian juga melihat bahawa satu sistem pentaksiran yang lebih holistik
adalah penting bagi membolehkan potensi murid dikenalpasti dan digarap secara
menyeluruh. Justeru, Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang merupakan satu
penambahbaikan terhadap sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan telah
dilaksanakan secara berperingkat mulai Tahun 1, 2011. Pada tahun 2012, Pentaksiran
Berasaskan Sekolah melibatkan guru dan murid Tahun 2 di sekolah rendah dan
Tingkatan 1 di sekolah menengah. Transformasi Pentaksiran Pendidikan melalui PBS
membawa kepada penghijrahan daripada pentaksiran berorientasikan peperiksaan
kepada pentaksiran yang lebih holistik, bersepadu dan seimbang. Pentaksiran yang
dijalankan secara berterusan untuk mengesan dan memantau perkembangan dan
pencapaian murid dalam pembelajaran diharapkan mampu mencungkil potensi dan
bakat murid dalam pelbagai bidang selain bidang akademik. Harapan saya, melalui
sistem pentaksiran baru ini murid-murid berpeluang untuk meningkatkan potensi diri
secara menyeluruh dan menjadi lebih kreatif dan inovatif dengan bimbingan secara
berterusan oleh guru.



TRANSFORMASI TVET



17. Selain itu, transformasi sistem pendidikan turut dilakukan dengan memberi
tumpuan kepada pelaksanaan dan keupayaan penyampaian agar terus relevan dengan
tuntutan semasa dengan membuat perubahan pada hala tuju pendidikan vokasional dan
teknikal. Pada minggu lalu saya telah melancarkan pelan transformasi pendidikan
teknikal dan vokasional. Di samping strategi dan tindakan yang telah digariskan dalam
pelan transformasi pendidikan teknikal dan vokasional, pihak industri, sektor swasta dan
agensi-agensi berkaitan akan turut berperanan menaikkan status dan
mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan vokasional seperti di negara-negara maju
dan serantau yang lain.



TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN



18. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mentransformasi sistem pendidikan
negara, Kementerian Pelajaran telah melancarkan Dasar Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Dalam Pendidikan pada tahun lalu. Melalui dasar ini, kerajaan mensasarkan
untuk memperluaskan capaian jalur lebar di sekolah-sekolah di seluruh negara dan
menyediakan persekitaran pembelajaran maya kepada semua murid. Konsep
persekitaran pembelajaran maya ini dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran serta memperkukuh sistem pengurusan maklumat
berkaitan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Sehingga 31 Disember
2011, sebanyak 200 sekolah sudah siap dipasang capaian jalur lebar manakala
sehingga April 2012 sebanyak 1052 sekolah lagi akan siap dipasang. Menjelang akhir
2012 sebanyak 7902 sekolah di seluruh negara dijangkakan mendapat perkhidmatan
jalur lebar dan melaksanakan konsep persekitaran pembelajaran maya. Pemasangan
capaian jalur lebar untuk semua sekolah dijadualkan siap sepenuhnya menjelang Mac
2013.



Saudara dan saudari yang saya hormati,



PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN DAN PROFESION KEGURUAN



19. Sepanjang tahun lalu, saya telah meluangkan masa untuk bertemu dan
berdialog dengan guru-guru di seluruh negara. Saya juga telah bertemu dengan
kesatuan-kesatuan guru bagi untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi oleh guru
dalam melaksakan tugas sebagai pendidik. Dalam siri pertemuan ini, antara perkara
yang sering dibangkitkan ialah soal kebajikan guru, terutamanya tentang sistem saraan
dan prospek kemajuan kerjaya. Saya mengambil perhatian yang berat mengenai
perkara ini dan telah berbincang dengan YAB Perdana Menteri serta Jabatan
Perkhidmatan Awam untuk mencari jalan bagaimana profesion keguruan dapat kita
mantapkan lagi dengan menambahbaik sistem saraan dan peluang kenaikan pangkat
bagi guru-guru. Alhamdulillah, pandangan guru-guru dan kesatuan telah diambil kira
oleh kerajaan. Hasilnya, pengumuman pertama mengenai penambahbaikan
perkhidmatan keguruan telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri semasa sambutan Hari
Guru pada tahun lalu. Kemudiannya, beberapa penambahbaikan tambahan telah
dimasukkan dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mula
dilaksanakan pada tahun ini.



20. Di bawah SBPA, kerajaan memberikan penekanan kepada peningkatan kualiti




dalam perkhidmatan yang merangkumi: (i) peluang kenaikan pangkat yang cepat
berdasarkan kecekapan dan prestasi; (ii) peningkatan pembangunan profesional secara
berterusan; dan (iii) pelaksanaan kaedah pengurusan prestasi yang lebih mantap. Saya
berharap agar semua pihak bersikap terbuka dalam menerima penambahbaikan dan
pelbagai faedah yang terdapat dalam skim baru ini di samping mempertingkatkan kualiti
kerja masing-masing.



21. Selaras dengan hasrat memartabatkan profesion keguruan, KPM melalui
Bahagian Pendidikan Guru telah menyediakan bantuan yuran pengajian kepada guru-
guru untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah pertama di institusi pengajian
tinggi awam dan swasta. Infrastruktur Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) juga
ditingkatkan dengan menaiktaraf infrastruktur sedia ada untuk menyediakan kemudahan
yang lebih baik dan persekitaran yang lebih kondusif kepada bakal-bakal guru dalam
mengikuti latihan perguruan.



22. Transformasi dalam pendidikan guru turut dilaksanakan bagi memastikan
pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif digunakan dalam pembelajaran dan
pengajaran. Untuk itu, Institut Pendidikan Guru telah mengambil inisiatif menyemak dan
menggubal kurikulum pendidikan guru dengan melaksanakan pedagogi dan pendekatan
yang lebih kreatif dan inovatif merentas kurikulum sedia ada. Pendekatan aplikasi seni
dalam pendidikan dan pengaplikasian alat kemahiran berfikir dalam aktiviti
pembelajaran dan penyelesaian masalah digunakan untuk mencetus daya kreativiti dan
inovasi pelatih guru bagi membentuk minda kreatif murid.



23. Kementerian juga bekerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dalam
melaksanakan projek rintis i-THINK (Thinking Schools) di 10 buah sekolah terpilih di
seluruh negara dan menjalin usahasama dengan World Wide Fund for Nature (WWF)
Malaysia bagi melahirkan IPG Lestari melalui penggunaan kaedah yang inovatif dalam
meningkatkan kesedaran pemeliharan alam sekitar dan budaya ‘hijau’ . Selain itu,
kolaborasi dengan Petrosains dijalankan bagi membolehkan pendedahan dan
pengamalan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran mata pelajaran sains dan
matematik. Jalinan kerjasama yang dibuat dengan agensi-agensi tersebut adalah bagi
memantapkan lagi komitmen melahirkan guru yang boleh menghasilkan pembelajaran
dan pengajaran yang interaktif.



Saudara dan saudari yang saya hormati,



PENILAIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DAN INOVASI



24. Walaupun sistem pendidikan kita telah banyak menyumbang kepada kemajuan
dan kemakmuran negara selama ini, kita perlu mengakui bahawa penambahbaikan
berterusan diperlukan jika kita ingin melihat mutu pendidikan di negara kita setanding
dengan pendidikan di negara-negara maju. Untuk itu, kajian semula sistem pendidikan
secara menyeluruh sedang dilaksanakan dengan tujuan untuk (i) memahami garis dasar




pencapaian dan membangunkan fakta asas berdasarkan cabaran sistem sekolah
Malaysia dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan standard dan
merapatkan jurang pencapaian; (ii) mengiktiraf kejayaan dan kemajuan yang dicapai;
(iii) menterjemahkan penilaian kepada halatuju masa depan sistem pendidikan; dan (iv)
menyokong transformasi Kementerian Pelajaran.



27. Bagi fasa pertama, penilaian sistem dilaksanakan dengan menubuhkan Panel
Penilai Bebas tempatan dan antarabangsa bertujuan untuk memberi input dan panduan
dalam penilaian tersebut. Panel yang dilantik membantu proses penilaian dengan
menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat serta mendapatkan pelbagai pandangan
dan perspektif yang luas mengenai sistem pendidikan negara. Dalam menyokong
penilaian ini, bantuan kepakaran juga diperolehi daripada UNESCO melalui pemeteraian
Memorandum Persefahaman Kajian Semula Dasar Pendidikan Malaysia yang
ditandatangani pada 18 Disember 2011. Adalah dijangkakan Laporan Penilaian dan
Halatuju Sistem Pendidikan Negara yang lengkap akan dibentangkan sebelum akhir
tahun 2012.



25. Pada masa yang sama, Malaysia turut bekerjasama dengan UNESCO untuk
membantu negara-negara kurang membangun termasuk Negara-negara kepulauan
kecil dan Negara-negara Afrika bagi mencapai sasaran EFA dengan menandatangani
Memorandum Persefahaman Malaysia-UNESCO Cooperation Programme (MUCP)
pada 15 November 2011. Saya berharap kerjasama yang dijalinkan dengan anggota-
anggota UNESCO secara tidak langsung dapat memantap dan meletakkan pendidikan
negara kita di tahap yang membanggakan serta bertaraf antarabangsa.



26. Kerajaan percaya dengan program-program dan inisiatif yang telah disebutkan
tadi, sistem pendidikan kita dapat melahirkan generasi rakyat Malaysia yang inovatif,
kreatif dan mampu melonjakkan negara menjadi pemimpin di persada antarabangsa
dalam bidang pendidikan. Semua ini memerlukan cetusan inovasi yang mampu
meningkatkan daya saing negara, menjana ilmu dan mensejahterakan rakyat.



29. Memandangkan gerakan inovasi di Malaysia masih lagi di umur muda,
Kementerian menyahut seruan Kerajaan bagi meningkatkan kesedaran dan memupuk
budaya inovasi di kalangan warga KPM dengan melaksanakan Tahun Inovasi KPM
2012 bertemakan Mengungguli Modal Insan: Mencerna Kreativiti, Mencetus Inovasi.
Inovasi dan kreativiti tidak hanya disarankan kepada murid sekolah dan institusi
pendidikan sahaja malah melibatkan keseluruhan warga KPM di peringkat kumpulan
premier, kumpulan pengurusan dan professional serta kumpulan pelaksana supaya
rantaian nilai pendidikan negara boleh dianjak ke satu tahap yang lebih tinggi.



30. Bagi menyokong inisiatif pelaksanaan Tahun Inovasi KPM 2012, pelbagai
program dan aktiviti inovasi akan dilaksanakan sepanjang tahun ini melibatkan seluruh
warga Kementerian Pelajaran. Saya berharap warga KPM akan memberi sumbangan
dan sokongan padu terhadap aktiviti-aktiviti tersebut selain meneruskan sumbangan cetusan idea kreatif bagi mengarusperdanakan peningkatan budaya inovasi.

Saudara dan saudari yang saya hormati,



PENUTUP



31. Cabaran yang bakal kita hadapi sepanjang tahun 2012 ini amat kritikal kepada
kejayaan kita sebagai warga pendidik untuk mencapai sepenuhnya sasaran-sasaran
yang telah ditetapkan di bawah NKRA pendidikan. Selain itu, pelaksanaan dasar-dasar
baru seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Dalam Pendidikan



Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua warga pendidik yang telah berusaha memerah keringat dalam
menjayakan pelbagai program pendidikan pada tahun 2011. Tanamkanlah tekad dan
iltizam untuk terus mendaki puncak kejayan. Bagi tahun 2012, saya berharap lebih
banyak jalinan kerjasama dengan semua pihak dapat dibuat bagi memastikan
penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan negara tercapai. Yang berat
sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Marilah kita bersama-sama berganding bahu
dalam menjayakan matlamat menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada rakyat
dan mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia di negara kita. Semoga usaha kita
akan sentiasa diberkati Allah SWT dan segala perancangan kita akan berjalan dengan
lancar, inshaAllah.



Wabillahi al-taufiq walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Akta univ n kolej univ..

sejarah auku..
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.

Mengongkong mahasiswa..

Menurut Abdullah Haji Abdul Karim, Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS Pusat dalam kenyataan rasmi dalam laman Harakah Daily berkata meskipun di dalam mukadimah AUKU 1971 jelas memperuntukkan bahawa AUKU adalah bertujuan untuk untuk memberikan penubuhan, pengawalan, da pentadbiran Universiti dan Kolej Universiti dan apa-apa jua perihal yang bersangkutan dengannya, tetapi kita melihat bahawa banyak peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang:
  • penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan
  • penggabungan di antara badan-badan pelajar.
Antara beberapa peruntukan di dalam AUKU dan juga Kaedah-Kaedah Tatertib Pelajar (merupakan undang-undang kecil yang mengandungi semua peruntukan berkaitan dengan tatatertib pelajar-pelajar dan dikuatkuasakan secara seragam di semua IPTA) dimana kaedah ini digubal oleh Lembaga Pengarah Universiti melalui perwakilan kuasa (delegated power) yang diberikan oleh Seksyen 16C (2 / 1) AUKU 1971, yang berlawanan dengan hak asasi manusia serta bersifat menindas dan perlu dipinda atau dimansuhkan segera ialah:
  • Di dalam Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar yang digunapakai di kesemua IPTA di negara ini dan juga praktis yang menjadi amalan kebanyakan IPTA, bidangkuasa berkenaan dengan hal-ehwal tatatertib pelajar adalah diwakilkan oleh oleh Naib Canselor/Rektor sesebuah universiti kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang kemudiannya akan membentuk Jawatankuasa Tatatertib Universiti/Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti. Merujuk kepada AUKU sendiri dan juga Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti, kuasa Jawatankuasa Tatatertib ini adalah amat luas dengan meliputi kuasa
    • menyiasat,
    • menjalankan pendakwaan,
    • mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan
    • membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman sekiranya pelajar yang dipertuduh itu didapati bersalah.
Beliau menekankan bahawa perkara ini amatlah bertentangan dengan rules against bias yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semula jadi (natural justice) yang menjadi dasar utama kepada mana-mana badan pengadilan termasuklah mahkamah atau pun mana-mana tribunal. Tidak ada jaminan pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut akan mendapat perbicaraan yang adil oleh kerana komposisi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri dari orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peruntukan ini juga bertentangan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang dan hak sama rata untuk mendapat perlindungan undang-undang.
  • Tidak terdapat pun sebarang peruntukan samada di dalam AUKU mahupun di dalam Kaedah Tatatertib Pelajar yang memberikan hak kepada pelajar yang didakwa di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mendapatkan khidmat seorang Peguambela dan Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan bagi kakitangan universiti termasuk pensyarah yang turut di dakwa atas suatu pertuduhan tatatertib, mereka dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam berdasarkan peruntukan di dalam Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000. Diskriminasi ini adalah bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. AUKU sepatutnya dipinda bagi memasukkan peruntukkan yang membenarkan seseorang pelajar diwakili oleh peguam pilihannya sendiri jika dia dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti.
  • Seksyen 15D pula menjadi ancaman utama kepada pelajar, terutamanya kepada pelajar yang sedang dipertuduh di bawah sebarang kesalahan jenayah diluar, di mana pelajar terbabit hendaklah digantung pengajian hinggalah kesnya selesai. Peruntukan ini jelas berlawanan dengan prinsip ‘a man is innocent until proven guilty’ kerana pelajar terbabit telahpun ‘dihukum’ sedangkan kesalahannya belum dibuktikan lagi. Jika didapati bersalah pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak bersalah, akan diterima kembali untuk menyambung pengajian. Tetapi kita semua maklum bahawa sesuatu kes di mahkamah akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. JPMDPP berpendirian peruntukan Seksyen 15D ini sepatutnya dimansuhkan serta merta.
  • Berdasarkan kepada Kaedah Tatertib Pelajar-Pelajar, mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan boleh dikenakan mana-mana satu atau gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut, iaitu:
    • amaran;
    • denda;
    • dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
    • digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
    • dipecat dari universiti.
Apa yang menjadi masalah, peruntukan ini adalah umum dan ia tidak menentukan urutan hukuman yang mesti diikuti. Bentuk hukuman yang hendak dijatuhkan adalah berdasarkan kepada budibicara Jawatankuasa Tatatertib tanpa dipandu oleh apa-apa peraturan tertentu. Oleh sebab itu soal kesetimpalan (proportionality) juga boleh dipertikaikan di mana dalam beberapa kes, terdapat pelajar yang terus dikenakan hukuman dipecat dari universiti meskipun didapati bersalah melakukan kesalahan kali pertama dan kesalahan tersebut bukanlah kesalahan yang besar seperti jenayah rompak ataupun rogol.

AUKU bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

AUKU bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober 2011 yang memutuskan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.
Tujuan utama mahasiswa ke universiti adalah untuk belajar dan bukan untuk berpolitik. Oleh itu AUKU tidak perlu dimansuh, cukup sekadar dipinda beberapa seksyen. Kesedaran mahasiswa berpolitik kini lebih tinggi.

Sebab AUKU digubal.

Antara sebabnya ialah pengisytiharan manifesto oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969 (ke-4) sehingga tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969, demontrasi Anti Tunku oleh PMUM di UM pada 29 Ogos 1969 serta demontrasi “Papan Tanda” 5 Oktober 1970 iaitu pertembungan PMUM (sosialis) dan PBMUM (nasionalis) sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu Bahasa Melayu dan Pendidikan. Gerakan mahasiswa sangat berpotensi menggugat keselamatan serta menjatuhkan kerajaan.
Perarakan Keranda 152 berlaku pada 1967 , apabila kerajaan enggan mematuhi 'janji merdeka' untuk menukar bahasa pengantar Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu.

Keputusan Hakim Mahkamah Rayuan.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan seksyen tersebut dalam AUKU itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.Artikel 10(1)9a) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan kebebasan bersuara dan menyertai politik sebagai hak asasi manusia. Keputusan majoriti 2-1.Tidak perlu sekatan kerana matlamat institut pengajian tinggi ialah membina minda dan keupayaan berfikir bagi pelajar. Mahasiswa dan pensyarahnya mempunyai kewarganegaraan yang sah sebagaimana rakyat Malaysia yang lain. Dua hakim lain ialah Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert.
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Mahasiswa tersebut adalah ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, iaitu Muhammad Hilman bin Idham (presiden), Muhammad Ismail bin Aminuddin (naib presiden), Azlin Shafina binti Mohamad Adzha (setiausaha agung), Wong King ChaƬ (exco).Empat pelajar itu diwakili oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, Ashok Kandiah dan Jenine Gill.kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.
Hanya Hakim Low menentang keputusan 2-1 itu. Beliau berpendapat AUKU perlu mengelak ideologi politik meresap di kalangan penuntut yang mudah terdedah, tertakluk kepada tekanan rakan sebaya dan mudah terpengaruh, yang akan menjejaskan peranan utama universiti dalam menyediakan pendidikan.pada 22 April 2010, mereka ditahan oleh polis PDRM di Pekan Rasa dan Ampang Pecah, Hulu Selangor.
Pada 28 September 2010, Mahkamah Tinggi menolak saman pemula oleh empat pelajar jurusan sains politik UKM yang mencabar kesahihan kesalahan berkempen semasa Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 pada April 2010. Mulanya Mahkamah Tinggi berpendapat AUKU tidak bercnggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Empat pelajar ini telahpun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah pada majlis Konvensyen UKM pada September 2011.

Rayuan oleh Peguam Negara

 Peguam Negara mungkin membuat rayuan . Namun Datuk Saifuddin Abdullah berharap tidak dibawa untuk rayuan di [[Mahkamah Persekutuan]. Kalaupun berjaya nanti, tetapi kalah dari segi moral. Kita hendaklah akui dan iktiraf pandangan orang muda sekarang yang melihat Seksyen 15(5)(a) tidak sesuai lagi. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan bahawa keputusan akhir akan ditentukan oleh kabinet.

Kesan keputusan mahkamah

Penghakiman mahkamah itu bersifat 'mengikat' di sisi undang-undang, dan ia bukan sekadar "pendapat" hakim semata-mata. Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim mahu klausa itu dan klausa lain hendaklah dikeluarkan dari AUKU



sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Universiti_dan_Kolej_Universiti_1971..http://ms.wikipedia.org/wiki/AUKU_bertentangan_dengan_Perlembagaan_Persekutuan

Monday 2 January 2012

tipss intrvww



Soalan ramalan dan tips


1.    Calon dikehendaki memberikan maklumat latar belakang peribadi.

Calon perlu;
a.    menyatakan nama, tarikh/tempat lahir, umur, agama, bangsa, status perkahwinan.
b.    menyatakan nama, umur, dan pekerjaan ayah dan ibu. (tarikh lahir dan no. telefon ayah dan ibu, jika perlu)
c.    menyatakan bilangan adik beradik (contoh, mempunyai tiga orang adik beradik termasuk calon.), status calon dalam keluarga. (contoh, calon merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Calon tidak mempunyai abang, sebaliknya mempunyai dua orang kakak.)
d.    menyatakan nama, umur, dan pekerjaan adik beradik calon. (tarikh lahir dan no. telefon adik beradik, jika perlu)
e.    menyatakan nama sekolah/universiti dan kronologi pendidikan calon.
f.    menyatakan pencapaian akademik tertinggi. (Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, ijazah sarjana muda, dan maklumat dalam transkrip akademik)
g.    menyatakan major dan minor calon.

Sekiranya calon dikehendaki memberikan maklumat sekolah/universiti, calon perlu mengetahui tentang;
a.    latar belakang geografi sekolah, sejarah sekolah (rendah/menengah), nama guru besar/pengetua dan penolong-penolong kanan semasa calon bersekolah dan terkini, moto sekolah, visi dan misi sekolah, lagu sekolah, (nama guru semasa calon bersekolah, jika perlu), perkembangan/pencapaian terkini sekolah, sumbangan calon kepada sekolah, dan pengalaman lain.
b.    latar belakang geografi universiti, sejarah universiti, nama naib cancelor, timbalan naib cancelor, dekan, dan timbalan dekan semasa calon menuntut dan terkini, moto universiti, visi dan misi universiti, lagu universiti, visi dan misi pusat pengajian, kelebihan/keistimewaan universiti, (nama pensyarah-pensyarah semasa calon menuntut, jika perlu), perkembangan/pencapaian terkini universiti, sumbangan calon kepada universiti, dan pengalaman lain.)

Sekiranya perlu, calon juga harus menyatakan hobi/aktiviti, (sekurang-kurangnya 5 aktiviti dan 5 hobi) dan bakat/kebolehan calon. (sekurang-kurangnya 5)


2.    Calon dikehendaki menyatakan ikon/inspirasi.

Calon perlu;
a.    menyatakan sekurang-kurangnya 5 orang ikon/inspirasi calon
b.    menyatakan sebab calon memilih ikon-ikon tersebut.


3.    Calon dikehendaki memberikan maklumat tempat tinggal calon.

Calon perlu;
a.    menyatakan nama tempat tinggal dan alamat calon.
b.    menyatakan latar belakang geografi tempat tinggal.
c.    menyatakan nama ketua kampung/pengerusi jawatankuasa kampung. (jika ada)
d.    menyatakan demografi penduduk.
e.    menyatakan latar belakang dan perkembangan sosial/ekonomi di kawasan tempat tinggal.
f.    menyatakan keunikan/kelebihan kawasan tempat tinggal.


4.    Calon dikehendaki memberikan maklumat negeri kelahiran.

Calon perlu;
a.    mengetahui sejarah negeri/penubuhan negeri kelahiran. (secara ringkas dan padat)
b.    mengetahui profil am negara, seperti;
i.    bendera negeri.
ii.    bunga rasmi.
iii.    demografi penduduk.
iv.    maklumat geografi.
v.    jata negeri.
vi.    lagu negeri.
c.    mengetahui serba sedikit tentang biografi sultan/yang dipertuan negeri bagi negeri masing-masing.
d.    mengetahui serba sedikit tentang biografi menteri besar/ketua menteri dan timbalan menteri besar/ketua menteri bagi negeri masing-masing.
e.    mengetahui latar belakang dan perkembangan sosial/ekonomi negeri masing-masing.
f.    menyatakan keunikan/kelebihan negeri.


5.    Calon dikehendaki menyatakan pengalaman latihan mengajar.

Calon perlu;
a.    mengetahui latar belakang geografi sekolah.
b.    mengetahui sejarah sekolah.
c.    mengetahui nama pengetua dan penolong-penolong kanan.
d.    mengetahui moto sekolah.
e.    mengetahui visi dan misi sekolah.
f.    mengetahui lagu sekolah.
g.    mengetahui nama guru-guru di sekolah tersebut. (jika perlu).
h.    mengetahui nama pensyarah/guru pembimbing.
i.    mengetahui perkembangan/pencapaian terkini sekolah.
j.    menyatakan teknik-teknik pengajaran yang selalu digunakan semasa mengajar.
k.    menyatakan set induksi/teknik pengajaran yang terbaik yang pernah digunakan semasa mengajar. (jika perlu)
l.    menyatakan sumbangan calon kepada sekolah.
m.    menyatakan demografi murid.
n.    menyatakan pengalaman lain.


6.    Soalan yang berkaitan dengan keperluan dan prospek calon dalam dunia pekerjaan yang diceburi.

Calon perlu;
a.    mengetahui tujuan untuk datang ke sesi temuduga.
b.    mengetahui sebab memilih jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan.
c.    mengetahui alasan memilih Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai saluran untuk menjadi pegawai perkhidmatan pendidikan.
a.    mengetahui objektif dan matlamat calon dalam dunia pendidikan.
b.    merancang perubahan positif yang akan dilakukan dalam dunia pekerjaan yang diceburi.
c.    melakukan perancangan lima tahun awal sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan.
d.    mengetahui kekuatan/kelebihan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan.
e.    mengetahui kekurangan.
f.    mengetahui fungsi/peranan calon sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan terhadap semua peringkat.
g.    mengetahui cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dalam dunia pendidikan beserta penyelesaian.
h.    menyatakan kesanggupan untuk dihantar ke mana-mana sekolah/daerah/negeri dan kenyataan sokongan.


7.    Soalan yang berkaitan dengan latar belakang Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Calon perlu;
a.    menyelidik nama dan maklumat panel temu duga masing-masing.
b.    mengetahui kronologi ringkas Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
c.    mengetahui visi, misi, dan objektif Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
d.    mengetahui tugas/peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
e.    mengetahui dasar kualiti, slogan Q, dan kod etika.
f.    mengetahui carta organisasi - setiausaha dan timbalan setiausaha.
g.    mengetahui piagam pelanggan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
h.    mengetahui anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran - pengerusi dan timbalan pengerusi.
i.    mengetahui fungsi bahagian pengambilan guru Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
j.    mengetahui nama setiausaha bahagian pengambilan guru Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
k.    mengetahui nama setiausaha bahagian pengambilan guru Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran cawangan Sabah/Sarawak. (untuk calon Sabah/Sarawak)


8.    Soalan yang berkaitan dengan latar belakang Jabatan Perkhidmatan Awam.

Calon perlu;
a.    mengetahui kronologi ringkas Jabatan Perkhidmatan Awam.
b.    mengetahui visi, misi, dan objektif Jabatan Perkhidmatan Awam.
c.    mengetahui tugas/peranan Jabatan Perkhidmatan Awam.
d.    mengetahui dasar kualiti, slogan Q, dan kod etika/nilai-nilai teras.
e.    mengetahui ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam.
f.    mengetahui piagam pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam.


9.    Soalan yang berkaitan dengan latar belakang Kementerian Pelajaran Malaysia.

Calon perlu;
a.    mengetahui visi, misi, dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia.
b.    mengetahui nama dan biografi ringkas menteri pelajaran Malaysia, timbalan menteri 1, timbalan menteri 2, ketua setiausaha, ketua pengarah pelajaran Malaysia.
c.    mengetahui nama timbalan ketua setiausaha (pembangunan) dan timbalan ketua setiausaha. (pengurusan), timbalan-timbalan ketua pengarah pelajaran Malaysia.
d.    mengetahui lima orang bekas menteri pelajaran Malaysia. (mengikut kronologi)
e.    mengetahui badan berkanun di Kementerian Pelajaran Malaysia.
f.    mengetahui piagam pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia.


10.    Soalan yang berkaitan dengan latar belakang jabatan pelajaran negeri.

Calon perlu;
a.    mengetahui visi, misi, dan objektif jabatan pelajaran negeri.
b.    mengetahui nama dan biografi ringkas ketua pengarah pelajaran negeri.
c.    mengetahui jumlah sektor, jabatan pelajaran daerah, dan bahagian-bahagian bagi negeri calon.
d.    mengetahui piagam pelanggan jabatan pelajaran negeri.


11.    Soalan yang berkaitan dengan latar belakang jabatan pelajaran daerah.

Calon perlu;
a.    mengetahui visi, misi, objektif dan fungsi jabatan pelajaran daerah.
b.    mengetahui nama pegawai pelajaran daerah dan timbalan pegawai pelajaran daerah.
c.    mengetahui piagam pelanggan jabatan pelajaran daerah.


12.    Soalan yang berkaitan dengan latar belakang Malaysia.

Calon perlu;
a.    mengetahui kronologi ringkas Malaysia. (sejarah kemerdekaan Tanah Melayu dan penubuhan Malaysia)
b.    mengetahui konsep kenegaraan Malaysia, yang melibatkan;
i.    konsep negara Malaysia.
ii.    sistem kerajaan Malaysia.
iii.    bentuk negara Malaysia.
c.    mengetahui perlembagaan Malaysia, yang melibatkan;
i.    penggubalan perlembagaan persekutuan Malaysia.
ii.    konsep kertertinggian perlembagaan.
iii.    ciri-ciri kerajaan Malaysia yang digariskan dalam perlembagaan Malaysia.
d.    mengetahui sistem pentadbiran Malaysia.
i.    Yang di-Pertuan Agong.
ii.    majlis raja-raja.
iii.    kabinet.
iv.    jabatan perdana menteri dan agensi-agensi pusat.
v.    kementerian dan jabatan.
vi.    perbadanan awam di Malaysia.
e.    mengetahui sistem perundangan Malaysia.
i.    pilihan raya Malaysia.
f.    mengetahui profil am negara, seperti;
i.    agama rasmi.
ii.    bahasa kebangsaan.
iii.    bendera Malaysia.
iv.    bunga kebangsaan.
v.    demografi penduduk.
vi.    maklumat geografi.
vii.    jata negara.
viii.    lagu kebangsaan.
ix.    mata wang.
x.    rukun negara.
xi.    hari kemerdekaan dan hari penubuhan Malaysia.
g.    mengenali ikon negara yang mencipta nama di peringkat antarabangsa. (sekurang-kurangnya 5 orang)
h.    mengetahui dasar-dasar ekonomi negara. (contoh: dasar ekonomi baru, dasar pembangunan nasional, dasar wawasan negara, dasar pertanian negara, dasar induk perindustrian negara, dasar perindustrian berat Malaysia, dasar penswastaan, dasar persyarikatan Malaysia, dasar sogoshosha, dasar peningkatan daya pengeluaran negara, dasar belilah barang buatan Malaysia, koridor raya multimedia, dasar urbanisasi negara, dan dasar kawalan modal terpilih)
i.    mengetahui dasar sosial dan pertadbiran negara. (contoh: dasar sosial negara, dasar pendidikan kebangsaan, dasar perpaduan negara, dasar wanita negara, dasar pandang ke timur, penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran, kepimpinan melalui teladan, Bersih, Cekap dan Amanah, Islam Hadhari, dasar pembaharuan dan peningkatan produktiviti dan kualiti dalam perkhidmatan awam dan perspektif wawasan 2020)
j.    mengetahui hari kelepasan am (persekutuan dan negeri)


13.    Soalan yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia.

Calon perlu;
a.    mengetahui falsafah pendidikan negara.
b.    mengetahui falsafah pendidikan kebangsaan.
c.    mengetahui falsafah pendidikan guru.
d.    mengetahui kronologi ringkas pendidikan di Malaysia.
e.    mengetahui sistem pendidikan kebangsaan, yang melibatkan;
i.    pendidikan prasekolah.
ii.    pendidikan rendah.
iii.    dasar pendidikan wajib.
iv.    program memperkasakan sekolah kebangsaan.
v.    program rancangan integrasi murid untuk perpaduan.
vi.    sekolah wawasan.
vii.    sekolah bestari.
viii.    sekolah kluster.
ix.    pendidikan peringkat menengah.
x.    peringkat menengah rendah.
xi.    peringkat menengah atas.
xii.    pendidikan peringkat teknik dan vokasional.
xiii.    sekolah menengah kebangsaan agama.
xiv.    sekolah agama bantuan kerajaan.
xv.    sekolah sukan Malaysia.
xvi.    sekolah seni Malaysia.
xvii.    tingkatan enam.
xviii.    kurikulum.
xix.    kurikulum pendidikan prasekolah.
xx.    kurikulum pendidikan rendah.
xxi.    program j-Qaf.
xxii.    program kelas intervensi awal membaca dan menulis.
xxiii.    kurikulum pendidikan menengah.
xxiv.    pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris.
xxv.    pendidikan sivik dan kewarganegaraan.
xxvi.    kokurikulum.
xxvii.    penerapan semangat patriotisme.
xxviii.    sistem penilaian dan peperiksaan awam.
xxix.    pendidikan swasta.
f.    mengetahui program bantuan dan sokongan pendidikan, yang melibatkan;
i.    skim pinjaman buku teks.
ii.    kumpulan wang amanah pelajar miskin.
iii.    skim bantuan tuisyen.
iv.    rancangan makanan tambahan.
v.    program susu sekolah.
vi.    program 3K. (keselamatan, kesihatan dan keceriaan)
vii.    program bersepadu sekolah sihat.
viii.    program sekolah selamat.
ix.    program biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia.
x.    program bimbingan dan kaunseling.
xi.    program kesediaan sekolah menghadapi bencana alam.
xii.    program asrama sekolah.
xiii.    program bantuan kepada murid pendidikan khas.
xiv.    program bahan bacaan kepada sekolah di pedalaman.
xv.    program nilam.
xvi.    pusat sumber sekolah.
xvii.    program  teknologi komunikasi maklumat dalam pendidikan.
xviii.    program TV pendidikan.
g.    mengetahui hal-hal lain yang berkaitan dengan pendidikan seperti;
i.    konsep pendidikan, sekolah, guru, dan murid.
ii.    insentif untuk guru.
iii.    kebajikan guru.
iv.    kuaters institusi pendidikan.
v.    elaun khas pedalaman.
vi.    guru cemerlang.
vii.    anugerah guru inovatif.
viii.    hari guru.
ix.    sekolah kebangsaan.
x.    persatuan ibu bapa dan guru
xi.    sistem analisis peperiksaan sekolah.


14.    Soalan yang berkaitan dengan isu, dasar, dan konsep pendidikan di Malaysia.

Calon perlu;
a.    mengetahui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
b.    mengetahui dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris.
c.    mengetahui dasar 1Murid 1Sukan.
d.    mengetahui Rancangan Malaysia ke-10 - pendidikan.
e.    mengetahui Bidang Keberhasilan Utama Negara - pendidikan.
f.    mengetahui Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam - pendidikan.
g.    mengetahui kurikulum standard sekolah rendah. (menggantikan kurikulum bersepadu sekolah rendah)
h.    mengetahui kurikulum standard sekolah menengah. (menggantikan kurikulum bersepadu sekolah menengah)
i.    mengetahui program pembangunan pendidikan 2001 - 2010.
j.    mengetahui konsep pendidikan sepanjang hayat.
k.    mengetahui konsep pendidikan untuk semua.
l.    mengetahui konsep Standard Guru Malaysia.
m.    mengetahui konsep Tonggak 12.
n.    mengetahui konsep merentas kurikulum.
o.    mengetahui konsep teknologi komunikasi maklumat dalam pendidikan.
p.    mengetahui konsep pelan strategik pengajian tinggi negara.
q.    mengetahui isu-isu seperti;
i.    pengambilan guru sandaran tidak terlatih.
ii.    pendidikan seks di Malaysia.
iii.    pemansuhan pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris.
iv.    pemansuhan mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian.
v.    proses transformasi pengajian teknik dan vokasional. (Program Asas Vokasional)
vi.    kesilapan buku teks bahasa Inggeris.
vii.    novel Interlok.
viii.    salah laku dalam kalangan guru.
ix.    guru - penakluk emosi.
x.    guru - role model/inspirasi murid.
xi.    masalah disiplin dalam kalangan murid.


15.    Soalan yang berkaitan dengan isu-isu semasa dalam/luar negara dan dasar-dasar baru Malaysia.

Calon perlu;
a.    mengetahui dasar 1Malaysia.
b.    mengetahui Program Transformasi Kerajaan.
c.    mengetahu Bidang Keberhasilan Utama Negara.
d.    mengetahui Rancangan Malaysia ke-10.
e.    mengetahui Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.
f.    mengetahui konsep amalan 5S Jabatan Perkhidmatan Awam.
g.    mengetahui konsep integriti.
h.    mengetahui program latihan khidmat negara.
i.    mengetahui isu-isu seperti;
i.    pengambilan guru sandaran tidak terlatih.
ii.    krisis pelajar Malaysia di Mesir.
iii.    kematian Osama bin Laden.
iv.    bantahan Cuepacs terhadap Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.
v.    Singapura - Johor. (stesen kereta api)

Calon perlu mencari, mengumpul, menganalisis, dan menilai isu-isu/peristiwa-peristiwa penting pada tahun 2011 secara menyeluruh.

Calon juga perlu membaca dan meneliti isu-isu utama/penting dalam mana-mana akhbar dua minggu sebelum hari temuduga. (termasuk akhbar pada hari temuduga calon, jika perlu)


16.    Soalan yang berkaitan dengan buku rekod pengajaran guru.

Calon perlu;
a.    mengetahui tatasusila profesion keguruan.
b.    mengetahui peraturan-peraturan pendidikan (kurikulum kebangsaan) 1997.
c.    mengetahui kandungan surat pekeliling ikhtisas, bil. 3/1999 - penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran.
d.    mengetahui kandungan surat pekeliling ikhtisas, bil. 4/1986 - panitia mata pelajaran.
e.    mengetahui kandungan surat pekeliling ikhtisas, bil. 3/1987 - penyeliaan pengajaran-pengajaran di dalam kelas oleh pengetua/guru besar sekolah.
f.    mengetahui kandungan yang terdapat di dalam buku rekod pengajaran guru, seperti;
i.    maklumat pengajaran dan pembelajaran.
ii.    maklumat diri guru.
iii.    jadual waktu.
iv.    senarai buku teks.
v.    senarai buku rujukan.
vi.    penulisan rancangan pengajaran tahunan.
vii.    takwim tahunan. (sekolah)
viii.    rancangan pelajaran tahunan.
ix.    format penulisan buku rekod.
x.    rancangan pelajaran harian.
xi.    rekod pemberian kerja murid.
xii.    rekod prestasi mata pelajaran.
xiii.    rekod prestasi peperiksaan.
xiv.    borang headcount 3.
xv.    senarai tugas.
xvi.    penyeliaan/pertemuan/perbincangan profesional.
xvii.    catatan.
g.    mengetahui format penulisan rancangan mengajar tahunan.
h.    mengetahui format penulisan rancangan mengajar harian.
i.    mengetahui konsep set induksi dan konsep refleksi.


17.    Soalan yang berkaitan dengan sukatan pelajaran (berdasarkan major/minor calon.)

Calon perlu;
a.    mengetahui matlamat kurikulum.
b.    mengetahui objektif kurikulum.
c.    mengetahui organisasi kandungan kurikulum.
d.    mengetahui strategi pengajaran dan pembelajaran.
e.    mengetahui kandungan/topik mata pelajaran.
f.    mengetahui huraian sukatan pelajaran.


18.    Soalan yang berkaitan dengan teori pengajaran dan pembelajaran serta pedagogi.

Calon perlu;
a.    mengetahui konsep pengajaran dan pembelajaran.
b.    mengetahui teori-teori pengajaran dan pembelajaran.
c.    mengetahui model-model pengajaran dan pembelajaran.
d.    mengetahui strategi pengajaran dan pembelajaran.
e.    mengetahui konsep taksonomi Bloom.
f.    mengetahui konsep pedagogi dan strategi pedagogi seperti;
i.    definisi pedagogi.
ii.    perbezaan antara pedagogi dengan andragogi.
iii.    pendekatan pengajaran.
iv.    kaedah dan teknik pengajaran.
v.    model reka bentuk pengajaran.
g.    mengetahui strategi pengurusan bilik darjah.


19.    Soalan yang berkaitan dengan pengetahuan calon terhadap major dan minor masing-masing.


20.    Calon diminta untuk melakukan amali pengajaran. (mikroteaching)




+   Sumber: Pengalaman temuduga calon-calon pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 yang dicari, dikumpul, dianalisis, disenaraipendekkan, dan dinilai. Selain itu juga soalan ramalan adalah berdasarkan imaginasi peramal. 

+   Anda digalakkan untuk mencari jawapan bagi kesemua soalan di atas. Sekiranya tidak mampu, pilih salah satu.

+   Note ini akan sentiasa dikemaskini sehingga 5hb Januari. 2011. Oleh itu sekiranya terdapat sebarang cadangan penambahbaikan atau penambahan soalan, sila kemukakan pada ruangan komen di bawah.

+   Anda digalakkan untuk share nota ini kepada rakan facebook lain yang berkenaan.

Sharing is Caring.

sumber: http://www.facebook.com/notes/erhan-jumatil/persediaan-temuduga-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-2012/10150548725210250