Wednesday 14 December 2011

falsafah pendikan kebangsaan

salam...hi korag smua...kali ni ak nk shared ngan korang sal satu bnda ni...bnda yg ak nk ckp ni snanye sal falsafah penddikan kebangsaan...hohoho...enjoy~....





Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”



Misi KPM

Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Matlamat

a.    Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
b.    Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
c.    Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
d.    Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


Prinsip Etika Kerja

a.    Niat yang betul.
b.    Perlakuan yang baik.
c.    Penggerak ke arah kebaikan.
d.    Memperkotakan apa-apa yang dikatakan.
e.    Berdisiplin dan beradab.

a.     
Nilai-Nilai Utama dalam Etika Kerja 

a.    Amanah
b.    Benar
c.    Bijaksana
d.    Bersyukur
e.    Dedikasi
f.     Ikhlas
g.    Penyayang


Piagam Pelanggan

Kami warga Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

v  menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara;

v  menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;

v  memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya;

v  mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan pembaharuan yang berterusan;

v  menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana;

v  menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif;

v  menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan amalan perkhidmatan penyayang;

v  memastikan kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan – murid, guru, masyarakat dan negara/kerajaan; dan

v  meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010)
Teras 1 : Membina Negara Bangsa
Teras 2 : Membangunkan Modal Insan
Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan


Teras Perkhidmatan Awam

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
Berpegang teguh pada ajaran agama


Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam

Kami pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuh integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan yang berikut:

Pertama    :  Berusaha dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
Kedua        :  Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;
Ketiga        :  Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan;
Keempat   :  Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
Kelima       :  Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan
Keenam    :  Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.


Tonggak Dua Belas

1.    Pengaruh teladan
2.    Kewajipan menjalankan tugas
3.    Keutamaan kesabaran
4.    Peningkatan bakat
5.    Ketekunan membawa kejayaan
6.    Kebijaksanaan berhemat
7.    Menghargai masa
8.    Kemuliaan kesederhanaan
9.    Keseronokan bekerja
10.  Ketinggian peribadi
11.  Nikmat mencipta
12.  Kekuatan sifat baik hati



No comments:

Post a Comment